Wednesday, July 28, 2010

Antara Malu dengan Maju

Bila kita malu, kita tidak mampu buat banyak perkara. Bila kita malu, kita asyik nak mengelakkan buat kerja. Jika ini berlaku, mampukah kita maju.
Untuk maju, kita harus buang sifat malu bertanya jauh-jauh. Kita juga kena buang sifat malu nak cuba sebab takut dan malu jika gagal.
Terpulang pada semua. Sama ada untuk kekal malu atau hendak maju. Beza cuma satu huruf.
Cuba dahulu. Jangan Teka atau andai. Belum cuba belum tahu. Jika Malu tak akan mungkin kita maju.
Cuba, Jangan Teka
Click at umaruddin.blogspot.com for the similar motivation insight in English Version.

Friday, April 30, 2010

Antara Mahu dan Malu

Kerap kali kita Mahu laksanakan sesuatu tapi Malu ... agak malas nak mulakan sesuatu. Jika benar-benar Mahu mustahil kita akan Malu.
Jangan hanya Mahu di mulut tapi di hati Malu nak mula.
Oleh itu
Cuba selaraskan. Jangan Teka atau andai, Jika benar-benar Mahu, perasaan Malu perlu diketepikan.
Cuba, Jangan Teka
Click at umaruddin.blogspot.com for the similar motivation insight in English Version.

Thursday, April 29, 2010

Antara Mahu dan Tahu

Kerap kali kita Mahu laksanakan sesuatu tapi tidak Tahu selok belok untuk laksanakan tugasan itu. Kerap kali juga kita Tahu laksanakan tugasan tapi tidak Mahu jalankan tanggungjawap itu.
Jadi terpulang pada semua.. pilih antara satu.. Pada saya, seelok-eloknya Mahu dan Tahu seiringan.
Jika benar-benar Mahu laksanakan tugas nak tak nak perlu Tahu caranya.
Jika benar-benar Tahu laksanakan tugas, mustahil tidak Mahu laksanakan. Jika benar-benar Tahu tugas pasti senang, takkan tak Mahu laksanakan.
Oleh itu Cuba selaraskan. Jangan Teka atau andai, Tahu tapi tak Mahu, Mahu tapi tak Mahu.
Cuba, Jangan Teka
Click at umaruddin.blogspot.com for the similar motivation insight in English Version.

Wednesday, April 28, 2010

Antara Pandir dan Pandai

Kerap kali kita jadi Pandir.. main agak-agak. Banyak buat silap.
Jarang sekali kita jadi yang Pandai.. tahu selok belok sesuatu kerja atau benda.. dan mahir melaksanakan tanggung jawab.
Jadi terpulang pada semua.. pilih antara satu.. Pandir atau Pandai.. beza cuma satu huruf tapi pendekatan kerja terlalu berbeza.
Cuba pelajari dan mahirkan diri. Jangan Teka sahaja, sampai bila tekaan kita akan tepat.
Cuba, Jangan Teka
Click at umaruddin.blogspot.com for the similar motivation insight in English Version.

Tuesday, April 27, 2010

Antara Andai dan Pandai

Kerap kali kita cuma mampu Andai.. main agak-agak. Jikalau bernasib baik, andaian kita tepat hasil kita menjadi. Tapi itu tidak menjadikan kita orang yang Pandai.. tahu selok belok sesuatu kerja atau benda.. dan mahir melaksanakan tanggung jawab.
Jadi terpulang pada semua.. pilih antara satu.. Andai atau Pandai.. beza cuma satu huruf tapi pendekatan kerja terlalu berbeza.
Cuba pelajari dan mahirkan diri. Jangan Teka sahaja, sampai bila tekaan kita akan tepat.
Cuba, Jangan Teka
Click at umaruddin.blogspot.com for the similar motivation insight in English Version.

Thursday, April 22, 2010

Antara Kesah dan Kasih

Antara Kesah dan Kasih... apabila tiada kesah.. tak ambil peduli.. adakah lagi perasaan kasih.. dan kasihan? Oleh itu kita kena ambil kesah.. baru timbul kasih.. bila ada kasih .. baru ada sayang menyayangi.. maka terjalinlah harmoni.

Cuba ambil kesah. Jangan teka sahaja yang mereka dalam keadaan selesa. Perasaan kasih kian utuh jika kita ambik kesah
Cuba, Jangan Teka
Click at umaruddin.blogspot.com for the similar motivation insight in English Version.

Thursday, August 20, 2009

Kewajipan Rakyat

Menjadi kewajipan semua masyarakat meletakkan kepentingan negara mendahului kepentingan sendiri kerana masa depan megara bergantung benar kepada skap rakyat terhadap negara. - Tun Hussien Onn
Cuba kita renung dan nilai adakah kita telah laksanakan tanggungjawab kita sepenuhnya. Jangan teka atau anggap yang sumbangan kita tidak diperlukan.
Cuba, Jangan Teka
Click at umaruddin.blogspot.com for the similar motivation insight in English Version.