Thursday, August 20, 2009

Kewajipan Rakyat

Menjadi kewajipan semua masyarakat meletakkan kepentingan negara mendahului kepentingan sendiri kerana masa depan megara bergantung benar kepada skap rakyat terhadap negara. - Tun Hussien Onn
Cuba kita renung dan nilai adakah kita telah laksanakan tanggungjawab kita sepenuhnya. Jangan teka atau anggap yang sumbangan kita tidak diperlukan.
Cuba, Jangan Teka
Click at umaruddin.blogspot.com for the similar motivation insight in English Version.

Wednesday, August 19, 2009

Malaysia Tanggungjawab Kita

Malaysia adalah negara kita semua. Tidak kira asal keturunan kita, kepentingan masa depan negara adalah tanggungjawab kita bersama. - Tun Hussien Onn
Cuba kita selami dan hayati tanggungjawab kita. Cuba kita laksanakan walaupun ianya sedikit. Jangan teka atau andai ianya tidak beri apa-apa kesan. Sebenarnya sedikit sumbangan itu yang akan merubah banyak benda.
Cuba, Jangan Teka

Tuesday, August 18, 2009

Tempat Berlindung

Semua kita dari apa kaum sekalipun mestilah menganggap Malaysia sebagai tempat tumpuan segala taat setia dan jadikan tempat kita semua berlindung. - Tun Abdul Razak Hussien
'Cuba' kita laksanakan saranan Tun untuk pastikan negara kita negara yang aman dan berdaulat. 'Jangan Teka' atau andai sahaja yang negara kita ini sentiasa aman dan berdaulat tanpa kita cuba kekalkan kesejahteraannya.
Cuba, Jangan Teka

Monday, August 17, 2009

Kebebasan Ugama

Rakyat diberi penuh kebebasan untuk menyubur dan mengembangkan agama masing-masing tanpa sebarang sekatan atau halangan. - Tun Abdul Razak Hussien

Oleh itu CUBA memahami adat budaya dan agama lain. JANGAN TEKA sahaja mengenai budaya dan agama yang lain. Hanya cara ini sahaja baru kita boleh bertoleransi hidup aman damai. Dan hanya cara ini sahaja mereka baru mahu mendekati dan cuma memahami cara kita. Jika ini berlaku barulah mudah untuk kita berdakyah dan sebarkan ugama suci kita.

CUBA, JANGAN TEKA

Thursday, August 13, 2009

MINAT

Kata orang, kalau nak berjaya dalam sesuatu bidang, MINAT merupakan satu aset yang penting.
M - Modal. Kejayaan sesuatu pekerjaan perlukan modal mencukupi. Modal bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tapi juga kemahiran.
I - Ikhtiar. Kejayaan bertunjangkan setinggi mana ikhtiar seseorang untuk menghadapi dan merempuh rintangan.
N - Networking. Jaringan kenalan, pembekal dan bakal pelanggan yang kuat amat berguna dalam menentukan kejayaan sesuatu kerja. Network yang kuat dapat mengurangkan protokol.
A - Azam. Azam dan tekad yang tinggi untuk melaksanakan sesuatu tugasan, bukan mudah berputus asa di pertengahan jalan.
T - Tabah. Sikap tabah dan teguh pendirian menghadapi segala rintangan juga perlu dalam memastikan kejayaan sesuatu kerja.

Wednesday, August 12, 2009

Bukan senang nak senang

Dan Bukan susah nak susah.
Memang, Kalau kita nak kesenangan, dan menghayati kesenangan kita perlu rempuhi rintangan. Baru kita faham pasal erti kesenangan.
Begitu juga kalau nak susah, Bukan susah nak jadi dalam keadaan demikian.
Pokok pangkalnya, sama ada kita nak kena ringan tulang sikit tapi hadapi perit getir, atau berat tulang, tapi tempuhi segala keperitan kemudian.

Tuesday, August 11, 2009

Siap!!!!

Kow Tim!!! Siap!!! Finished!!!!
Itu adalah ungkapan yang selalu saya gunakan bila melaksanakan sesuatu tugas...
Herankan.. baru mula.. dah kata siap..
Betul.. tu salah satu cara untuk memotivasikan diri.. cara tak langsung juga merupakan doa agar tugasan boleh siap..
Selain dari tu.. bila ada yang dengar ungkapan tu.. bila rasa tercabar, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing agar tak terketinggalan jauh.
Bagi yang tak ambil endah... ianya juga memberi saya kelebihan... sebab mereka akan leka dan tak ambil sangat peduli akan peringkat mana tugasan saya selesai. Ianya mengurangkan tekanan persaingan dari mereka.
Cuba cara ni.. Insya Allah.. jika digunakan dengan cara betul.. ianya memberi kesan yang teramat positif...
Siap!!!!

Monday, August 10, 2009

Jangan Gundah... Bukannya Susah

Kita acapkali berasa gundah bila hadapi perkara baru. Tanpa sebab kita berikan tekanan pada diri kita disebabkan perasaan gusar ini... rasa kuathir tak bertempat. Selalunya apa yang kita risaukan tak seburuk mana yang kita jangkakan. Oleh itu....
Jangan Gundah... Bukannya Susah...
Tapi harus ingat.. saya suruh ambil mudah bukan tak ambil peduli.. tu dua maksud yang berbeza.

Thursday, August 6, 2009

RAKAN

RAKAN seperti KAWAN agak penting dalam kejayaan seseorang. RAKAN juga punyai maksud yang tersirat.
R - Rukun. Setiap kerja perlu dilaksanakan mengikut rukun. Barulah penghasilan kerja mencapai piawaian yang tinggi.
A - Asas. Perlaksaana kerja mesti ada asas kemahiran yang tertentu. Tiada benda boleh terhasil dengan baik jika tiada asas kerja yang kukuh.
K - Kursus. Ianya berkaitan dengan asas. Jika asas itu lemah, perkukuhkan dengan kursus dan latihan yang bersesuaian. Kursus dan latihan juga kena kerap agar selari dengan teknologi terkini.
A - Asa. Setiap kerja perluakan tenaga dan usaha yang bersungguh-sungguh. Tiada kejayaan jika berputus asa separuh jalan.
N - Natijah. Penghasilan dari kerja. Jika kerja yang sempurna dari unsur yang baik Insya Allah Natijahnya pun sempurna, begitu juga sebaliknya.

Wednesday, August 5, 2009

KAWAN

KAWAN penting dalam kehidupan kita. Kekadang asbab dek KAWAN kita boleh berjaya. Tapi KAWAN yang mana yang boleh menolong kita mencapai kejayaan. KAWAN yang tersurat agak jelas tapi yang tersirat pula ialah:
K - Kemahiran. Setiap tugasan perlu kemahiran tertentu untuk pelaksanakan. Pastikan diri punyai kemahiran yang tinggi agar setiap tugasan dapat dijayakan dengan sebaik-baik mungkin.
A - Alternatif. Setiap benda yang kita lakukan tidak dapat tidak akan hadapi rintangan. Kita perlu fikirkan cara alternatif untuk menghadapi rintangan ini. Ada banyak cara bukan tertakluk pada satu cara sahaja.
W - Waktu. Setiap pekerjaan perlu jadual waktu yang tepat dan bersesuaian. Pastikan kerja dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Kerja yang siap di luar waktu walaupun penghasilan mutu yang tinggi masih dianggap gagal
A - Azam. Setiap kerja tanpa azam memang menuju kegagalan. Tanamkan azam dan tekad yang tinggi untuk pastikan kejayaan dan kesempurnaan perlaksanaan kerja.
N - Niat. Perbetulkan niat sebelum dan semasa jalankan tugasan. Niat yang elok Insya Allah dapat penghasilan yang elok dan diberkati dan niat yang buruk, dapat penghasilan yang sebaliknya.

Tuesday, August 4, 2009

FULUS

FULUS - DUIT dalam bahasa Arab. Salah satu perkara yang disebut-sebut sebagai kunci kejayaan. Benar, tapi FULUS juga membawa maksud tersirat yang boleh membawa kejayaan.
F - Fokus. Setiap kerja yang dilakukan perlukan fokus - tumpuan yang tinggi. Ini dapat memastikan kurangnya berlaku kesilapan, dan penghasilan mutu kerja yang tinggi.
U - Unik. Penghasilan kerja bukan saya mesti bermutu tinggi, tapi juga kena berbeza - unik berbanding dengan yang lain. Ini dapat meningkatkan lagi nilai komersialnya.
L - Latihan. Setiap pekerja perlukan latihan yang menyeluruh dan mencukupi. Latihan dapat memastikan penghasilan kerja yang setara kerja yang cekap.
U - Upah. Pastikan upah pekerja berpatutan dan sepadan dengan hasil kerja. Upah yang sepadan membuat pekerja lebih bermotivasi untuk penghasilan yang lebih baik.
S - Strategik. Pastikan perlaksanaan kerja yang strategik berdasarkan perancangan jangkamasa yang panjang.

Monday, August 3, 2009

AKAL

Jika ada OTAK, tetapi tanpa AKAL yang bernas tidak menjamin kejayaan juga. Ianya kena bersaing seiringan. AKAL yang tersurat agak jelas, yang tersiratnya pula ialah:
A - Akad. Setiap perlaksanaan perlu ada akad. Tanpa akad niat dan tujuan tidak jelas. Ini boleh menjejaskan tumpuan operasi.
K - Kualiti. Kualiti penghasilan kerja perlu dipantau agar selari dengan kehendak semua.
A - Alternatif. Setiap kaedah tugasan dan perkasasan perlu difikir dan disediakan jalan keluar atau penyelesaian sekiranya bertemu dengan sebarang halangan. Tanpa alternatif kerja akan tersekat.
L - Logistik. Perangkaan dan perancangan agihan kerja, bahan-bahan dan perkakasan perlu tepat dan mengikut kehendak kerja. Jika Logistik agak lemah, kerja akan tertangguh.

Sunday, August 2, 2009

OTAK2

Selain dari itu OTAK juga mempunyai maksud tersirat yang berikut:
O - Optimis. Kita perlu ada keyakinan sesuatu yang baik akan terhasil dari setiap kejadian. Tukarkan cabaran sebagai kayu pengukur kemampuan kita.
T - Tekun. Setiap kerja yang dilakukan pastikan ianya dibuat dengan tekun.
A - Amanah. Kerja yang dibuat dengan penuh amanah pastinya diberkati dan punyai mutu kualiti yang tinggi.
K - Kerap. Lakukan kerja dengan sekerap mungkin. Insya Allah lama kelamaan kita kan menjadi mahir dan pakar dalam kerja itu.

Friday, July 31, 2009

OTAK

Selain daripada WANG atau DUIT, untuk berjaya kita perlukan OTAK yang bernas. OTAK juga mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.
OTAK yang tersirat ialah:
O - Objektif. Objektif perlu ada. Ianya menjadi halatuju yang jelas.
T - Teknik. Perlakuan kerja yang betul dan terkini memastikan kerja jalan dengan lancar.
A - Analisa. Data dan analisa yang terperinci untuk memantau kemajuan.
K - Kawalan. Kawalan dapat memastikan mutu kerja sentiasa terjamin.

Thursday, July 30, 2009

DUIT3

Ada lagi tersirat mengenai DUIT:
D - Dorongan. Setiap kejayaan perlu ada pendorong yang setia dan kuat. Keluarga boleh menjadi pendorong kuat kita. Dapatkan restu dan sokongan ibubapa dan setiap ahli keluarga.
U - Ubahsuai. Jangan ikut sahaja apa orang buat. Kekadang kita perlu ubahsuai kerja agar selari dengan kehendak semasa. Sesiapa yang peka dan dapat mengubahsuai Insya Allah akan berjaya.
I - Ikhlas. Jalankan setiap kerja dengan Ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Bila kita Ikhlas Insya Allah semua kualiti kerja dan prestasi kerja akan tinggi.
T - Teliti. Pastikan setiap kerja dijalankan dengan betul dan cermat. Hasil yang bermutu tinggi adalah kunci kejayaan setiap pekerjaan.

Wednesday, July 29, 2009

DUIT2

DUIT yang tersirat juga boleh dirujuk pada:
D - Dedikasi. Setiap kerja perlu dedikasi yang tinggi. Jangan buat separuh jalan.
U - Ulangkaji. Kejayaan selalunya berteraskan hasil kajian dan analisis setiap kejadian.
I - Inisiatif. Segala kerja perlu dirancang dan diambil tindakan awal. Jangan tunggu sesuatu berlaku baru hendak ambil tindakan.
T - Tekun. Tiada benda yang boleh terhasil dengan baik jika tanpa ketekunan.

Tuesday, July 28, 2009

DUIT

Duit, nama lain yang digunakan untuk wang. Duit juga ada formula yang tersurat dan tersirat untuk sesuatu kejayaan.
D - Doa. Mulakan setiap kerja dengan doa agar diberkati.
U - Usaha. Tanpa berusaha pasti tiada hasil. Tiada benda datang sendiri tanpa usaha.
I - Inovatif. Perlu ada penambahbaikan atas setiap usaha.
T - Tawakal. Setiap perancangan ketentuan dari Illahi. Ada yang tersirat atas setiap kejadian.

Monday, July 27, 2009

WANG 3

Lagi wang yang berkait dengan formula kejayaan. Wang yang tersirat ialah:
Wadah - Adakan wadah perjuangan yang jelas. Ianya membantu halatuju kita
Aqidah - Setiap kejayaan bertunjangkan aqidah ugama yang kuat. Ia pemangkin jatidiri
Naluri - 'Instinct' yang kuat melalui pengamatan yang peka terhadap setiap situasi
Giat - Rajin dan tekun usaha tanpa kenal jemu.
Sematkan semua formula ini dalam sanubari dan amalkan setiap hari. Insya Allah kejayaan akan menjadi kenyataan.

Sunday, July 26, 2009

WANG 2

Sambungan dari posting semalam mengenai wang. Wang yang tersirat ialah:
W - Waktu. Bila nak lakukan sesuatu pastikan ia kena dengan keadaan. Kita mesti peka.
A - Agenda. Setiap aktiviti mesti ada agenda dan perancangan teliti.
N - Nama. Pastikan nama baik dan reputasi dikekalkan. Jaminan Mutu mesti tinggi.
G - Gagasan. Aktiviti akhiran kena berkaitan dengan tujuan asal aktiviti.
Oleh itu pastikan kerja kita berpaksikan W.A.N.G. Itu formula asas Kejayaan

Saturday, July 25, 2009

Wang

Ramai yang meyataka bahawa kalau nak berjaya kita perlu miliki cukup wang. Lebih banyak lebih bagus. Tidak dinafikan itu memang betul. Tapi apa yang sebenarnya tersirat dalam maksud wang tu?
Formula kejayaan menggunakan wang sebenarnya ialah:
W - Wawasan. Setiap kejayaan bermula dengan wawasan yang jelas
A - Akal. Setiap kerja perlu akal yang tajam dan peka atas setiap kejadian
N - Niat. Setiap kejayaan bertunjangkan niat. Niat yang memotivasikan setiap aktiviti.
G - Garapan. Gabungkan setiap sumber dan alternatif yang ada untuk jayakan kerja.
Wang memang memangkin kejayaan. Tapi pastikan kita gunakan wang yang betul.

Friday, July 24, 2009

Cuba, Jangan Teka

Cuba Dulu... Jangan Teka Melulu.
Itu peringatan yang saya selalu buat untuk diri saya. Setiap perkara kena ikhtiar dan cuba dulu. Jangan cuba agak dan andai sebelum melakukan sebarang usaha. Selalunya perkara yang kita agak teramat jarang berlaku.

Thursday, July 23, 2009

Mudah, bukan Payah

Mudah aje.. bukan payah pun..
Bunyi semacam bongkak tapi itu salah satu ungkapan yang selalu diucapkan untuk memotivasikan diri.
Kalau kita awal-awal lagi ingat payah.. memang ianya akan jadi payah.. tapi kalau ingat mudah, tiada perkara Insya Allah akan jadi halangan. Tetapi harus diingat.. Jangan pula sesekali ambil mudah.. tak peduli akan kerja itu.. Kerja mesti teliti.

Tuesday, July 21, 2009

Kita Buat Dia

Kita Buat Dia, Bukan Dia Buat kita...
Itu ucapan yang saya selalu ungkapkan bila hadapi rintangan. Sebagai 'Khalifatullah'... wakil Allah.. Ketua atas dunia ni.. kita sepatutnya berkuasa dan tentukan keadaan.. bukan sebaliknya.
Insya Allah dengan sedikit Ikhtiar dan Tawakal.. tiada halangan dan rintangan yang tidak dapat diharungi.
Ingat...
Kita buat dia... bukan dia yang buat kita