Friday, July 31, 2009

OTAK

Selain daripada WANG atau DUIT, untuk berjaya kita perlukan OTAK yang bernas. OTAK juga mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.
OTAK yang tersirat ialah:
O - Objektif. Objektif perlu ada. Ianya menjadi halatuju yang jelas.
T - Teknik. Perlakuan kerja yang betul dan terkini memastikan kerja jalan dengan lancar.
A - Analisa. Data dan analisa yang terperinci untuk memantau kemajuan.
K - Kawalan. Kawalan dapat memastikan mutu kerja sentiasa terjamin.

Thursday, July 30, 2009

DUIT3

Ada lagi tersirat mengenai DUIT:
D - Dorongan. Setiap kejayaan perlu ada pendorong yang setia dan kuat. Keluarga boleh menjadi pendorong kuat kita. Dapatkan restu dan sokongan ibubapa dan setiap ahli keluarga.
U - Ubahsuai. Jangan ikut sahaja apa orang buat. Kekadang kita perlu ubahsuai kerja agar selari dengan kehendak semasa. Sesiapa yang peka dan dapat mengubahsuai Insya Allah akan berjaya.
I - Ikhlas. Jalankan setiap kerja dengan Ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Bila kita Ikhlas Insya Allah semua kualiti kerja dan prestasi kerja akan tinggi.
T - Teliti. Pastikan setiap kerja dijalankan dengan betul dan cermat. Hasil yang bermutu tinggi adalah kunci kejayaan setiap pekerjaan.

Wednesday, July 29, 2009

DUIT2

DUIT yang tersirat juga boleh dirujuk pada:
D - Dedikasi. Setiap kerja perlu dedikasi yang tinggi. Jangan buat separuh jalan.
U - Ulangkaji. Kejayaan selalunya berteraskan hasil kajian dan analisis setiap kejadian.
I - Inisiatif. Segala kerja perlu dirancang dan diambil tindakan awal. Jangan tunggu sesuatu berlaku baru hendak ambil tindakan.
T - Tekun. Tiada benda yang boleh terhasil dengan baik jika tanpa ketekunan.

Tuesday, July 28, 2009

DUIT

Duit, nama lain yang digunakan untuk wang. Duit juga ada formula yang tersurat dan tersirat untuk sesuatu kejayaan.
D - Doa. Mulakan setiap kerja dengan doa agar diberkati.
U - Usaha. Tanpa berusaha pasti tiada hasil. Tiada benda datang sendiri tanpa usaha.
I - Inovatif. Perlu ada penambahbaikan atas setiap usaha.
T - Tawakal. Setiap perancangan ketentuan dari Illahi. Ada yang tersirat atas setiap kejadian.

Monday, July 27, 2009

WANG 3

Lagi wang yang berkait dengan formula kejayaan. Wang yang tersirat ialah:
Wadah - Adakan wadah perjuangan yang jelas. Ianya membantu halatuju kita
Aqidah - Setiap kejayaan bertunjangkan aqidah ugama yang kuat. Ia pemangkin jatidiri
Naluri - 'Instinct' yang kuat melalui pengamatan yang peka terhadap setiap situasi
Giat - Rajin dan tekun usaha tanpa kenal jemu.
Sematkan semua formula ini dalam sanubari dan amalkan setiap hari. Insya Allah kejayaan akan menjadi kenyataan.

Sunday, July 26, 2009

WANG 2

Sambungan dari posting semalam mengenai wang. Wang yang tersirat ialah:
W - Waktu. Bila nak lakukan sesuatu pastikan ia kena dengan keadaan. Kita mesti peka.
A - Agenda. Setiap aktiviti mesti ada agenda dan perancangan teliti.
N - Nama. Pastikan nama baik dan reputasi dikekalkan. Jaminan Mutu mesti tinggi.
G - Gagasan. Aktiviti akhiran kena berkaitan dengan tujuan asal aktiviti.
Oleh itu pastikan kerja kita berpaksikan W.A.N.G. Itu formula asas Kejayaan