Thursday, August 6, 2009

RAKAN

RAKAN seperti KAWAN agak penting dalam kejayaan seseorang. RAKAN juga punyai maksud yang tersirat.
R - Rukun. Setiap kerja perlu dilaksanakan mengikut rukun. Barulah penghasilan kerja mencapai piawaian yang tinggi.
A - Asas. Perlaksaana kerja mesti ada asas kemahiran yang tertentu. Tiada benda boleh terhasil dengan baik jika tiada asas kerja yang kukuh.
K - Kursus. Ianya berkaitan dengan asas. Jika asas itu lemah, perkukuhkan dengan kursus dan latihan yang bersesuaian. Kursus dan latihan juga kena kerap agar selari dengan teknologi terkini.
A - Asa. Setiap kerja perluakan tenaga dan usaha yang bersungguh-sungguh. Tiada kejayaan jika berputus asa separuh jalan.
N - Natijah. Penghasilan dari kerja. Jika kerja yang sempurna dari unsur yang baik Insya Allah Natijahnya pun sempurna, begitu juga sebaliknya.

Wednesday, August 5, 2009

KAWAN

KAWAN penting dalam kehidupan kita. Kekadang asbab dek KAWAN kita boleh berjaya. Tapi KAWAN yang mana yang boleh menolong kita mencapai kejayaan. KAWAN yang tersurat agak jelas tapi yang tersirat pula ialah:
K - Kemahiran. Setiap tugasan perlu kemahiran tertentu untuk pelaksanakan. Pastikan diri punyai kemahiran yang tinggi agar setiap tugasan dapat dijayakan dengan sebaik-baik mungkin.
A - Alternatif. Setiap benda yang kita lakukan tidak dapat tidak akan hadapi rintangan. Kita perlu fikirkan cara alternatif untuk menghadapi rintangan ini. Ada banyak cara bukan tertakluk pada satu cara sahaja.
W - Waktu. Setiap pekerjaan perlu jadual waktu yang tepat dan bersesuaian. Pastikan kerja dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Kerja yang siap di luar waktu walaupun penghasilan mutu yang tinggi masih dianggap gagal
A - Azam. Setiap kerja tanpa azam memang menuju kegagalan. Tanamkan azam dan tekad yang tinggi untuk pastikan kejayaan dan kesempurnaan perlaksanaan kerja.
N - Niat. Perbetulkan niat sebelum dan semasa jalankan tugasan. Niat yang elok Insya Allah dapat penghasilan yang elok dan diberkati dan niat yang buruk, dapat penghasilan yang sebaliknya.

Tuesday, August 4, 2009

FULUS

FULUS - DUIT dalam bahasa Arab. Salah satu perkara yang disebut-sebut sebagai kunci kejayaan. Benar, tapi FULUS juga membawa maksud tersirat yang boleh membawa kejayaan.
F - Fokus. Setiap kerja yang dilakukan perlukan fokus - tumpuan yang tinggi. Ini dapat memastikan kurangnya berlaku kesilapan, dan penghasilan mutu kerja yang tinggi.
U - Unik. Penghasilan kerja bukan saya mesti bermutu tinggi, tapi juga kena berbeza - unik berbanding dengan yang lain. Ini dapat meningkatkan lagi nilai komersialnya.
L - Latihan. Setiap pekerja perlukan latihan yang menyeluruh dan mencukupi. Latihan dapat memastikan penghasilan kerja yang setara kerja yang cekap.
U - Upah. Pastikan upah pekerja berpatutan dan sepadan dengan hasil kerja. Upah yang sepadan membuat pekerja lebih bermotivasi untuk penghasilan yang lebih baik.
S - Strategik. Pastikan perlaksanaan kerja yang strategik berdasarkan perancangan jangkamasa yang panjang.

Monday, August 3, 2009

AKAL

Jika ada OTAK, tetapi tanpa AKAL yang bernas tidak menjamin kejayaan juga. Ianya kena bersaing seiringan. AKAL yang tersurat agak jelas, yang tersiratnya pula ialah:
A - Akad. Setiap perlaksanaan perlu ada akad. Tanpa akad niat dan tujuan tidak jelas. Ini boleh menjejaskan tumpuan operasi.
K - Kualiti. Kualiti penghasilan kerja perlu dipantau agar selari dengan kehendak semua.
A - Alternatif. Setiap kaedah tugasan dan perkasasan perlu difikir dan disediakan jalan keluar atau penyelesaian sekiranya bertemu dengan sebarang halangan. Tanpa alternatif kerja akan tersekat.
L - Logistik. Perangkaan dan perancangan agihan kerja, bahan-bahan dan perkakasan perlu tepat dan mengikut kehendak kerja. Jika Logistik agak lemah, kerja akan tertangguh.

Sunday, August 2, 2009

OTAK2

Selain dari itu OTAK juga mempunyai maksud tersirat yang berikut:
O - Optimis. Kita perlu ada keyakinan sesuatu yang baik akan terhasil dari setiap kejadian. Tukarkan cabaran sebagai kayu pengukur kemampuan kita.
T - Tekun. Setiap kerja yang dilakukan pastikan ianya dibuat dengan tekun.
A - Amanah. Kerja yang dibuat dengan penuh amanah pastinya diberkati dan punyai mutu kualiti yang tinggi.
K - Kerap. Lakukan kerja dengan sekerap mungkin. Insya Allah lama kelamaan kita kan menjadi mahir dan pakar dalam kerja itu.