Wednesday, August 5, 2009

KAWAN

KAWAN penting dalam kehidupan kita. Kekadang asbab dek KAWAN kita boleh berjaya. Tapi KAWAN yang mana yang boleh menolong kita mencapai kejayaan. KAWAN yang tersurat agak jelas tapi yang tersirat pula ialah:
K - Kemahiran. Setiap tugasan perlu kemahiran tertentu untuk pelaksanakan. Pastikan diri punyai kemahiran yang tinggi agar setiap tugasan dapat dijayakan dengan sebaik-baik mungkin.
A - Alternatif. Setiap benda yang kita lakukan tidak dapat tidak akan hadapi rintangan. Kita perlu fikirkan cara alternatif untuk menghadapi rintangan ini. Ada banyak cara bukan tertakluk pada satu cara sahaja.
W - Waktu. Setiap pekerjaan perlu jadual waktu yang tepat dan bersesuaian. Pastikan kerja dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Kerja yang siap di luar waktu walaupun penghasilan mutu yang tinggi masih dianggap gagal
A - Azam. Setiap kerja tanpa azam memang menuju kegagalan. Tanamkan azam dan tekad yang tinggi untuk pastikan kejayaan dan kesempurnaan perlaksanaan kerja.
N - Niat. Perbetulkan niat sebelum dan semasa jalankan tugasan. Niat yang elok Insya Allah dapat penghasilan yang elok dan diberkati dan niat yang buruk, dapat penghasilan yang sebaliknya.

No comments:

Post a Comment